Kelas bola sepak Adam (first time! Woot woot!)

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni Adam dah selesai pergi ke kelas trial Superkids di Padang Mardi UPM Serdang. 2 jammmm. Alhamdulillah dia berjaya complete the session dengan jayanya.

Actually sekarang sebenarnya kami tengah mencari kelas-kelas utk develop skills Adam, Meena and Azmi. Tapi Azmi masih belum berjaya mendengar arahan dengan baik, so susah sikit nak cari kelas untuk dia.


Awal-awal ni Azmi join sekali. Tapi lepas tu orang lain semua lari straight, dia dah lari belok arah keluar padang. Pening coach nak suruh dia lari arah yg betul. Haha. Last2 main bole dengan bapaknya dan aunty2 nya sahaja.

Alhamdulillah Adam seemed to enjoy himself during the session. Walaupun cara dia lari agak kelakar (mungkin sebab kami pun kurang buat aktiviti fizikal bersama mereka), tapi Adam berjaya habiskan aktiviti tersebut dengan baik. Insya Allah bolehlah enrollkan Adam masuk kelas bola sepak ni. Moga by the time masuk sekolah nanti dah pandai main bola.


Tengok gambar atas tu, macam dah pro kan? Hehehe.

Tadi ada satu scene tu agak kelakar. Diorg tgh main bola sepak. Adam tgh cuba nak dapatkan bola tu. Mungkin tengah kelam kabut or panik agaknya, dia pergi tangkap bola guna tangan. Semua parents kat situ gelak termasuklah kami sekali.

Hehehe.

Okay, sbnrnya tengah tulis ni sambil tunggu Ameena tgh mencuba kelas piano (trial class). Nanti saya updatekan tentang Meena pula dalam next post.

Leave a Reply

Your email address will not be published.