Membangunkan sebuah perniagaan

Pada usia 28 tahun kini mungkin tidak dikira muda utk menerajui sesebuah syarikat. Namun, ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk saya dan amanah yang telah diberikan semenjak 5 tahun yang lepas. Mungkin ada antara tuan/puan tidak sangka saya adalah 28 tahun. (mungkin nampak macam umur 40 tahun, haha)

Sejurus selepas saya grad universiti Stevens Institute of Technology, saya memikul amanah dari bapa saya, Ir Aziz Ismail, untuk membangunkan Authentic Venture Sdn Bhd ke langkah seterusnya. Tanggungjawab tersebut amatlah besar. Saya tidak yakin saya dapat lakukannya.

Banyak drama yang berlaku dan dengan titisan air mata darah saya berhempas pulas untuk membantu ayah saya menaikkan syarikat ini ke mata dunia (terlebih dahulu ke mata Malaysia). Saya pernah merasakan bertahun-tahun tidak dapat gaji yang mana kawan-kawan saya yang lain semuanya bercerita ke mana destinasi percutian seterusnya. Jeles, memang benar. Tapi semua itu saya perlu lupakan dan telanlah kepahitan bangun jatuh sesebuah perniagaan.

Dalam keadaan susah payah, Allah telah memurahkan rezeki saya dari segi memberikan ahli keluarga yang baik dan bertanggungjawab, dan kami dikurniakan 3 orang anak yang comel, Adam, Ameena dan Azmi. Alhamdulillah, sesusah mana pun kami, masih cukup makan dan pakai untuk anak-anak kami ini.

Kini saya mendapat bantuan adik-adik Zul Purr Miaw dan Aisya Aziz yang turut sama mengambil langkah yang mungkin jarang diambil orang lain untuk menerajui dan membangunkan sebuah syarikat di empayar dunia. Adik-adik saya sangat hebat dan dapat interview dengan Google dan Amazon di US namun ditolak beliau semata-mata ingin turutsama memikul tanggungjawab ini.

Tidak banyak jasa yang telah saya semaikan jika dibandingkan dengan ayah saya, @Ir Aziz Ismail, usahawan yang cemerlang. Namun, saya harap Allah berikan kami kudrat untuk terus menempuh cabaran untuk menaikkan syarikat ini ke mata dunia dan murahkan rezeki kami dan usahawan-usahawan Malaysia.

Doakan kami berjaya, Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s