Apakah jenis pekerja yang disukai oleh majikan/boss?

Apakah jenis pekerja yang disukai oleh majikan/boss?

1) Reliable
Bila bagi kerja, dia buat dan bagi output terbaik walaupun tak dimonitor all the time / micro manage. Tak sesuka hati ambil cuti last2 minute especially bila ada kerja important (unless perkara tersebut mmg tak dapat nak dielakkan/emergency leave). Kalau terpaksa ambil cuti semasa perlu siapkan kerja yang penting, sanggup menggantikan cuti tersebut utk memastikan kerja boleh disiapkan by deadline. Boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan baik.

Majikan lagi suka sebenarnya staff yang boleh buat kerja dengan baik tanpa perlu nak disuruh dan diingatkan selalu.

2) Belajar dari kesilapan
Semua orang ada buat salah. Bila buat salah yang tidak disengajakan, biasanya majikan boleh maafkan (jangan buat company rugi terukla..), tapi sekiranya salah yang sama (yang telah ditegur dan diajar macam mana nak buat dengan cara yang betul) dilakukan berulang-ulang kali tanpa rasa bersalah dan tanpa sebarang improvement, yang ni pergilah majikan mana-mana pun diorg takkan suka. Apatah lagi pekerja yang jenis tak nak mengaku salah dan seboleh-bolehnya tidak mahu meminta maaf.

Employees-Keepers

3) Accountability
Sentiasa ada accountability iaitu bertanggungjawab terhadap kerja dan amanah yang diberikan. Sentiasa menyiapkan kerja sebelum deadline dengan kualiti yang baik dan berikan kepada boss tanpa perlu diminta dan diingatkan berkali-kali.

Sekiranya berlaku sebarang masalah, maklumkan kepada boss dengan awal, bersedia untuk mengaku salah dan membuat sehabis baik untuk membetulkan masalah tersebut dan berusaha untuk baiki supaya tidak lagi berlaku pada masa hadapan. Jangan asyik salahkan orang lain bila ada sebarang masalah dan tak berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4) Positif
Semua boss/majikan suka pekerja yang positif dan membawa aura positif ke mana sahaja mereka pergi. Bukan sahaja boss, semua orang pun suka orang yang positif. Hal ini kerana orang yang positif boleh meningkatkan produktiviti kerja bukan sahaja diri sendiri juga kepada orang persekitaran.

Sekiranya anda jenis suka marah-marah orang tanpa sebab, suka meninggikan suara kepada rakan sekerja, suka bergosip2 sana sini, sukar mengumpat orang lain, suka mengadu domba di media sosial mcm facebook/whatsapp, rasanya bukan sahaja majikan, sesiapa pun tidak akan menyukai anda.

smile

5) Amanah dan Jujur
Amanah terhadap pekerjaan, syarikat dan juga majikan. Boleh diamanahkan untuk menjaga rahsia syarikat. Sekiranya ada masalah sanggup share masalah dengan majikan kerana almost semua majikan inginkan staff mereka happy dan akan bantu sekiranya dapat membantu untuk meringankan sebarang masalah.

Kalau ada masalah di tempat kerja atau dengan boss, better request untuk meeting dengan boss/majikan dan bincangkan masalah tersebut secara bersemuka untuk diselesaikan dengan baik instead of canang dan mengumpat sana-sini. Terus-terang saya cakap, tidak ada majikan yang sengaja nak tengok staff sedih. Biasanya kalau majikan tahu apa masalah yang staff tu hadapi, diorg akan sedaya-upaya bantu untuk meringankan masalah tersebut. Tapi sekiranya anda sendiri yang tidak jujur dan tidak mahu berkongsi masalah, jangan salahkan majikan tidak memahami anda.

Sekiranya anda ada masalah yg menyebabkan anda kena ambil cuti yang selalu atau berpanjangan, adalah lebih baik anda memaklumkan masalah yang anda hadapi kepada majikan. Hal ini kerana terlalu banyak pekerja yang abuse cuti, seperti apply medical leave kononnya demam tapi bila buka media sosial rupa2nya pergi bercuti sakan, update facebook tak habis-habis (kalau cukup sihat utk keluar bercuti dan boleh update facebook selalu, kenape tak dapat pergi kerja?).

Oleh itu, apabila ada pekerja yang selalu sangat ambil cuti tanpa mendetailkan masalah yang betul (dengan alasan tidak semua masalah boleh dikongsi), biasanya akan jejaskan produktiviti dan akan menyebabkan majikan memandang serong terhadap pekerja tersebut. Apatah lagi kalau cuti tersebut biasanya diambil pada hari Jumaat atau Isnin.
6) Hari ini lebih baik dari semalam

Semua majikan sukakan pekerja yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan sentiasa lakukan improvement dalam kerja mereka. Mereka akan berusaha untuk meningkatkan taraf syarikat dan sentiasa memastikan mereka mencapai perkara yang lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini tanpa perlu diminta oleh majikan.

set-a-goal-that-today-you-must-be-better-than-yesterday-quote-1

Apa lagi yang anda rasa jenis pekerja yang disukai oleh majikan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s