Always believe that you can do it!!
Mungkin tak ramai yang mengetahui, semasa saya kecil saya merupakan seorang pesakit jantung. Jantung saya berlubang sejak lahir dan saya telah menjalani pembedahan pada umur saya 4 tahun. Saya masih ingat sewaktu saya kena berpuasa selama beberapa jam sebelum pembedahan, saya meminta-minta “Mama, nak milo”. Tapi tak boleh sebab perlu berpuasa.
Sebelum menjalani pembedahan tersebut, ibu saya ada mengatakan bahawa saya sangat banyak berpeluh dan mudah jatuh sakit. Alhamdulillah banyak improvement selepas pembedahan tersebut berjaya dilakukan.
Semasa saya sekolah rendah, saya ada mewakili sekolah dalam bola jaring. Tetapi stamina saya tidak kuat berbanding kawan-kawan saya yang lain. Saya menyalahkan sakit jantung sebagai punyebabnya (walhal sudah bedah dan baik sepenuhnya). Hingga saya ke sekolah menengah, saya mengelak dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperi lumba lari (Minta Maaf Kapten Huda Chan sebab tak nak join lumba lari. Saya masih ingat lagi saya berusaha meminta kepadanya untuk tidak mahu join lumba lari semasa hari sukan SMSS. Haha)
Anyway, jadinya Allah nak buktikan kepada saya bahawa sekiranya saya push diri saya lebih dari saya fikir, saya sebenarnya berkebolehan untuk melakukan apa sahaja, termasuklah sukan.
Pada tahun pertama saya di Stevens Institute of Technology, saya dan sahabat baik saya Latifah Sarah, telah sign up untuk join kelas PE Fencing. Fencing merupakan lawan pedang. Apabila kami pergi ke “kelas” yang pertama, rupa-rupanya, kami ter-signup untuk masuk pasukan Fencing varsity, yang mewakili universiti untuk lawan dengan universiti-universiti yang lain.
Coach saya adalah Coach Linda Vollkommer-Lynch yang sangat baik dan juga tegas. Bermula dari situ saya memaksa diri saya berlari (kami mempunyai sekurang-kurangnya 5 latihan seminggu, setiap satu latihan adalah selama 3 jam dan sekurang-kurangnya sejam pada setiap sesi latihan digunakan untuk meningkatkan stamina seperti berlari, push up, sit up dan sebagainya). Jikalau kami lambat lari, kami akan dikenakan panelti (perlu lari dengan lebih lama). Oleh itu, saya berjaya mengatasi “masalah mental” yang saya hadapi sebelum ini yang mengatakan saya tidak boleh bersukan. Saya sebenarnya boleh, cuma perlu push diri sendiri lebih untuk keluar dari “Comfort Zone”.
Selain berlari, kami juga perlu bina badan dengan perlu pergi ke Weight-Room sekurang-kurang 1 kali seminggu bersama team dan beberapa kali atas inisiatif sendiri. Pada zaman tersebut, saya boleh mengangkat berat badan saya sendiri. (Berapa ye berat badan saya? Rahsia. Haha)
Dalam satu team fencing, ada 3 jenis pedang iaitu Foil, Epee dan Sabre. Saya merupakan pemain Foil. Setiap pedang memerlukan 3 starter dan 1 simpanan.
Pada tahun pertama saya telah terpilih menjadi “Simpanan”. Sejurus saya masuk tahun kedua, saya telah mula menjadi “Starter” dan berlawan dengan universiti-universiti lain yang mempunyai fencer yang lebih experienced. Ada antara mereka yang telah mula bermain fencing sejak sekolah rendah lagi.
Alhamdulillah saya telah memenangi banyak awards sepanjang saya bergelar seorang fencer dan saya juga telah berjaya menjejakkan kaki ke NCAA (walaupun hanya sekadar pusingan pertama) semasa saya final year di universiti.
Sepanjang saya di Stevens Institute of Technology, Allah telah banyak buktikan kepada saya sebenarnya saya boleh buat dan dapatkan sesuatu achievement dengan bekerja keras dan tidak membuat sebarang alasan. Saya yakin ilmu dan pengalaman yang ditimba ini sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja, sama ada sewaktu belajar dan juga semasa menerajui sebuah perniagaan.
Sekiranya saya boleh, anda juga boleh!!! Kita hanya perlu mempunyai mindset yang betul dan usaha kuat untuk mencapai cita-cita kita, Insya Allah!