Kehilangan seorang kenalan

Assalamualaikum Semua,

Hari ini saya dikejutkan dengan berita salah seorang kenalan saya telah meninggal dunia. Saya kenal dia melalui seorang kawan sebelum ini, dan dia banyak telah membantu saya selama ini.

Dia telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada hari Rabu yang lepas dan Doktor telah mengesahkan terdapat nanah dalam otaknya. Saya pun tidak berapa tahu bagaimana kondisinya, hanya dengan khabar dari anak saudaranya.

Saya sangka dapat dipulihkan, namun, mungkin sudah tiba ajalnya. Tak sempat saya jumpa dengannya buat kali terakhir. Saya berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ucapan Takziah Archives - 1001 Ucapan

Mari kita sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas buat dia. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Berita ini adalah sebuah berita yang memang tidak disangka-sangka. Bila-bila masa akan sampai ajal kita. Adakah kita sudah bersedia untuk menemui dengan Allah, Maha Pencipta?

Gunakan masa yang kita ada utk beramal soleh. Baiki hubungan kita dengan ibu bapa, ahli keluarga, sahabat handai. Berikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sedeqah amal jariah. Walaupun kita mungkin tiada apa-apa, kita bantu dengan apa yang kita ada.

Amalan Kekal Selepas Kematian
Maksudnya:
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknyaā€¯.
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.