Cerita semalam

Cerita semalam.

Tanggal 23 Oktober 2015, Uncle Shazril telah pergi menemui ilahi. Kematian disebabkan oleh demam denggi berdarah.

Alhamdulillah, ramai yang hadir dan memberikan sokongan moral untuk ahli keluarga. Kawan-kawan Uncle Shazril sangat ramai dan menunjukkan dia seorang yg menjaga hubungan sesama manusia.

IMG_5623Kesedihan dah bermula semenjak hari Rabu lagi, ketika Uncle dimasukkan ke wad ICU dan disahkan dalam keadaan kritikal. Sedangkan saya sendiri pun rasa sedih, apatah lagi ahli keluarga yang paling dekat – ibu, bapa, adik-beradik, isteri dan anak-anak… Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

IMG_5629 IMG_5632Uncle Shazril telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang masih kecil. Mak Ina sangat kuat. Dapat melihat Mak Ina sedih, tapi Mak Ina sedaya upaya tidak menangis di hadapan orang ramai. Saya pula yang nangis lebih2 dekat office. Mungkin staff saya pun keliru dengan mood saya seminggu ini.

Sesama di hadapan Mak Ina dan family, saya cuba control sekuat mungkin. Cuma air mata saya bercucuran jatuh bila Dafi (berusia 4 tahun) asyik bertanya pada Mak Ina “Mama, mana Papa?, Papa mana?”. Sebak. Anak kecil sudah menjadi yatim piatu.

Allah, saya tewas dengan perasaan.

Saya kagum dengan ayah saya yang “bertugas” untuk menjaga Mak Ina. Saya tahu Ayah sedih tapi dia sangat kuat. Bantu drivekan Mak Ina, teman Mak Ina di hospital sepanjang Uncle Shazril di ICU, paksa Mak Ina makan dan pastikan Mak Ina dapat semua bantuan yang diperlukan. He is very emotionally stable. Sayas sangat respect kepada Ayah. Saya perlu lebih mencontohi ayah dalam pengawalan emosi kerana saya akui, kadang-kadang saya tewas dengan emosi.

IMG_5625Gambar di atas merupakan gambar Aisya (kiri) dan Aunty Suli (kanan) bersama anak bongsu arwah Uncle Shazril, Dura namanya. Comel kan.

Moga Allah berikan kekuatan kepada Mak Ina dan anak-anak. Kami akan membantu sedaya yang boleh utk membantu Mak Ina menjaga zuriat-zuriat mu, Uncle Shazril.

Uncle Shazril, Moga kau tenang di sana. Moga kau ditempatkan di kalangan ahli syurga. Amin.

 

 

 

Advertisements