Power of sedeqah

Salam semua,

Hari ni saja nak share power of sedeqah.

Sebelum ni saya pernah terfikir nak beli payung. Tapi masa time tu, tengok payung mahal gile, dekat RM100. So, tak jadi beli.

Anyway, dah lupa dah pasal payung. Dah beberapa lama saya follow Syed Azmi punya FB, so byk tengok dia tolong orang sana sini, bagi makanan tak semestinya kat orang yg memang nampak susah. Saya rasa nak bantu make Malaysia a better place, even by 1 person at a time.

So, saya belikan breakfast utk kawan2 office (bukan hari2 la.. hehe), and kalau weekend, beli extra breakfast bagi kat Pak Guard.

sedekah
Anyway, nak dijadikan cerita.. ada 2 kali bende miracle jadi kat saya:

Miracle #1:

1. Satu hari tuh saya dah niat nak beli nasik lemak telur mata utk pak guard, and then nasik lemak ayam utk hubby tersayang, nasik lemak telur utk ahli keluarga lain dan juga cendol utk diri sendiri.

2. Bila dah sampai depan pasar, saya baru ingat tak keluarkan duit lagi. Ada RM12 sahaja. 2 keping RM5, 2 keping RM1. Beberapa kali jugak saya kira memang ada RM12 je.

3. So, saya terpaksa cancel nasik lemak ayam utk husband, beli yg telur mata je la. Nasik lemak telur mata utk pak guard pun terpaksa cancel. Beli cukup2 utk ahli keluarga je. Tu pun dah RM11.50.

4. Bila time nak bayar, tetibe yang RM5 tu jadi 3 keping (tadi beberapa kali kira pun 2 keping) yang RM1 tu jadi 5 keping (tadi kira byk kali pun 2 keping je).

5. So, saya pun pergi tambah balik nasi lemak ayam utk hubby, 1 nasi lemak telur mata utk pak guard dan 1 cendol utk saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan keinginan pagi tersebut.

Miracle #2:

1. Ingat tak saya cerita pasal payung tadi?

2. Basically saya ni jenis yang teramatlah jarang menang lucky draw. Masa saya gi HRDF Conference 2015 last week, saya tengah lalu tepi satu booth ni, tiba2 orang tu mintak saya bagi namecard and masuk lucky draw. Tup2 menang dapat payung. Alhamdulillah, dapat payung tanpa perlu keluarkan sesen pun. Yang ni walaupun lambat sikit (dalam sebulan kot) tapi akhirnya dapat jugak payung. Hehehehe.

Power of sedeqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.