Sedeqah itu amalan mulia. Menarik orang lain bersedeqah itu juga adalah amalan mulia.

Saya salah seorang silent reader Ebit Lew di Facebooknya. Follow juga program amal dan sedeqah yang dijalankannya.

Namun saya bersedih bila ada beberapa pihak pertikaikan bantuan yang diberikan kepada sebuah keluarga di Kedah apabila ada pihak yang tidak berpuas hati seolah-olah tiada pihak lain membantu keluarga tersebut. Ebit Lew dan keluarga tersebut sendiri telah mengakui banyak juga pihak lain membantu. Namun, apa yang saya nampak ialah Ebit Lew membantu bukan sahaja dari segi fizikal seperti bantuan kewangan dan makanan, tetapi secara rohani iaitu memberikan motivasi dan menjentik hati keluarga tersebut untuk berubah dari cara yang sebelum ini.

Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun, Ini Biodata Lengkap ...

Keluarga tersebut perlukan bantuan, bukan sahaja dari wang ringgit, tetapi sebanarnya secara emosi dan rohani. Mereka perlukan bantuan untuk mengubah mindset mereka dan mereka perlukan bantuan utk memberikan motivasi dann juga dari segi kerohanian. Apa yang saya nampak ialah Ebit Lew telah berjaya di bahagian ini yang berkemungkinan group bantuan lain belum berjaya.

Saya akui, sebenarnya nak berikan motivasi dan bantu dari segi kerohanian ni sebenarnya lagi susah dari wang riggit. Tahniah Ebit Lew kerana berjaya membantu mereka. Mungkin Allah ingin hantarkan hidayah dan bantuan kepada kerohanian mereka melalui Ebit Lew. Siapakah kita untuk mempertikaikan?

Sebenarnya banyak keluarga yang terperangkap dalam keadaan daif/homeless, sebenarnya sangat-sangat memerlukan motivasi dan bantuan kerohanian. Ini bagi membantu mereka untuk boleh bangun semula, di samping menerima bantuan kewangan dan lain-lain. Hal ini kerana pentingnya motivasi diri dan kerohanian bagi membolehkan mereka terus berusaha untuk improve dan seterusnya keluar dari keadaan mereka sekarang.

Selain dari itu juga, ada pihak yang mempertikaikan sedeqah secara terang-terangan. Ni saya ada jumpa dari perkongsian Whatsapp berkenaan dengan hal ini:

KEPADA SESIAPA YANG PERTIKAIKAN SEDEQAH SECARA ‘TERANG –
TERANGAN’ JOM BACA DALIL DARI AL- QURAN & HADIS SAHIH.!!

Allah berfirman: “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu
adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu
berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih
baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian
kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah: 271)

Dari ayat di atas menyebutkan bahwa keduanya
diperbolehkan, namun sedekah yang dilakukan
sembunyi-sembunyi adalah lebih baik.

Namun ada kalanya orang bersedekah dengan maksud agar
orang lain ada yang mengikuti apa yang dilakukannya itu. Jadi
dia bersedekah untuk memotivasi orang lain agar mau bersedekah pula.
Tentu saja hal ini diperbolehkan. Sebab mengajak orang untuk berbuat
baik tidak hanya mendatangkan pahala bagi orang yang bersedekah,
tetapi juga bagi orang yang memotivasinya.

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa memulai suatu sunnah yang
baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan
pahala orang-orang yang mengikutinya.” (HR. Muslim)

Moga Ebit Lew diberikan kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi dugaan yang Allah berikan ini. Dan moga kita semua sentiasa istiqamah untuk berterusan bersedeqah, bukan sahaja dari segi kewangan/fizikal, malah juga secara rohani.

Keutamaan dan Manfaat Sedekah | Pondok Pesantren Modern Putri ...

Leave a Reply

Your email address will not be published.