Pejam celik pejam celik, dah dekat sebulan dah Perintah Kawalan Gerakan (PKP) dijalankan di Malaysia. Kerajaan baru je umumkan hari jumaat minggu lepas yang PKP akan disambung lagi 2 minggu.
Perasaan? Saya pun tak tahulah nak cakap apa. Banyak yang terkesan dengan PKP dan masalah Covid-19 ni. Homestay saya pun kosong terus sepanjang PKP (dan besar kemungkinan akan terus berkurangan booking selagi masalah Covid-19 ni belum betul2 selesai). Bersyukur sangat kerajaan Malaysia bagi moratorium bayaran loan rumah, kalau tak, pengsan jugakla nak membayarnya 😭
Dari perkongsian Majlis Keselamatan Nasional, nampak gaya kes positif Covid-19 ni masih lebih kurang 100+.
Ni update terbaru hari ini:
Selepas PKP ni, banyak lagi nak kena replan semula. Bagaimana nak naikkan semula ekonomi negara. Bagaimana nak pastikan Covid-19 dapat dilenyapkan terus dari mukabumi ni.
Saya pun tak tahu berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk selesaikan masalah ini. Harap-harap ekonomi Malaysia dapat melonjak balik naik semula dengan segera selepas ini.
Marilah kita berdoa agar Allah menghapuskan Covid-19 ni dari mukabumi dengan kadar segera, dan semoga ekonomi Malaysia dan dunia dapat naik semula insya Allah. Amin…